Monday, December 8, 2008

What I did last Raya

Selamat Hari Raya Korban semua.
Mulanya dulu, saya merancang nak buat open house khas untuk kawan-kawan ex-UTM sempena raya haji ni. Tapi memandangkan dua hari sebelum raya ni Mr and Mrs Adlan telah dilanda penyakit misteri...iaitu penyakit malas. Penyakit malas ni mamang tak ada ubatnya :-) Dua hari ni kite orang asyik berlingkar jer macam ular sawa kekenyangan. Nak ke pasar beli grocery pun malas. Alhamdulillah, stok dalam peti sejuk tu cukup laa untuk menyara anak tekak kami berdua. Boleh laa bertahan sehari dua kot. Kalau nak buat open house tu, minta maaf laa ya. Tapi kalau ada kawan-kawan yang nak bertandang ke rumah kami, dipersilakan...kalau setakat nak jamu air teh dan biskit marie tu ada laa.


Teringat kemeriahan Raya Aidilfitri yang lalu. Open house yang saya organise untuk kawan-kawan ex-UTM kiranya berjaya laa jugak walaupun yang datang cuma Sofiah & family dan Salmiah & family. Sepatutnya Julia join sekali, tapi last minute dia terpaksa batalkan hasratnya. Malangnya Lan tak ada masa tu sebab kena ke Indonesia. Kalau Lan ada mungkin lagi ramai yang datang.

Walaupun tanpa Mr Adlan, program tetap berjalan, but limited to girls only. Bila dah old girls ni berjumpa (old ker? rasanya muda lagi) macam-macam laa cerita keluar. Lebih kurang sejam di rumah saya, kami ke rumah Kak Fadhilah. Di rumah Kak Dillah kami dihidangkan dengan mihun goreng. Selepas ke rumah Kak Fadhilah kami konvoy ke rumah Nor Maizura dan Azmi. Di rumah Nor maizura, kami dihidangkan dengan nasik tomato. Memang meriah laa, yer laa dah bertahun-tahun tak jumpa.

Terima kasih kepada adik angkat saya Cha yang sudi temankan saya drive ke Putrajaya. Kalau saya sorang, memang tak pergi. Takut nak balik malam. Last sekali, Saya dan Cha singgah di rumah Salmiah & Farid. Besar betul rumah die orang selepas renovate. Psssst...Miah/Farid, next time kita gather2 kat rumah u all lah yer, luas giler...boleh buat BBQ lagi.







Well, Raya Aidilfitri lepas benar-benar happening bagi saya. Tambahan pulak selepas 3 tahun beraya di perantauan, memang terasa sangat kemeriahannya. Saya benar-benar berharap dapat buat perjumpaan begini lagi.

p/s; am waiting kalau2 Muzaimi dan Mariani nak buat house-warming..ehem ehem.

No comments: