Semalam, semasa menunggu di stesen komuter Sungai Buloh, tiba-tiba saya ternampak bas ini. rasanya dah lama sangat saya tak tengok bas ni. Tiba-tiba teringat kenangan lalu. 18 tahun yang lalu, kenderaan ini lah menjadi kenderaan utama saya dan kawan-kawan untuk ke bandar. Keluar saja dari kampus UTM Jalan Semarak, bas mini No 19 sedia menanti.
Ingatkan bas ni dah pupus, rupanya, dia masih berjasa sebagai feeder bus bagi penduduk kampung Sungai Buloh. Berjasalah selagi mampu untuk berjasa.
*************
Note: Bas Mini Wilayah dalam ingatan.....



No comments:
Post a Comment